skpi.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skpi@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | Kata-Kata Aluan | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | Guru | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | PAUTAN | BUKU PELAWAT | KATA ALU-ALUAN | MARQUEE | AKTIVITI | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | Untitled | Untitled | Untitled | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | VISI & MISI | Untitled |




Sejarah Sekolah Kebangsaan Punggai




S.K Punggai , terletak di dalam perkampungan nelayan iaitu Kampung Punggai . Jaraknya lebih kurang 20 km dari Pekan Sungai Rengit dan 80 km dari Bandar Kota Tinggi. Kampung Punggai merupakan sebuah perkampungan nelayan terpencil.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1987, iaitu cawangan bagi SK Telok Ramunia. Pada awalnya sekolah ini menumpang di balai raya lama Kampung Punggai. Jumlah murid ketika itu seramai 28 orang yang belajar dari tahun Satu hingga Tahun Enam.


Pada tahun 1988 dengan peruntukan sebanyak RM50,000.00 dari Jabatan Pendidikan Negeri, sebuah bangunan sekolah telah didirikan secara gotong royong di atas tanah rizab sekolah. Bangunan sekolah ini siap dibina sepenuhnya pada penghujung tahun 1989. Ia mula digunakan pada 1 Januari 1990.

Memandangkan pertambahan murid dari semasa ke sama serta disebabkan induknya yang terletak jauh, maka pada 1 Januari 1991 di atas arahan pihak Kementerian, sekolah ini telah diasingkan pentadbirannya daripada SK Telok Ramunia. Sejak itu, sekolah ini telah mempunyai pentadbirannya sendiri dengan Encik Jamaluddin Bin Shahrom telah dilantik sebagai Guru Besar yang pertama untuk mentadbir sekolah ini pada 16hb Februari 1991.

Berikutan pertambahan murid daripada Projek Perumahan Kampung Tersusun Punggai Fasa I dan II, maka SK Punggai telah mendapat satu blok bangunan lagi pada tahun 2000. Sekolah ini juga telah mendapat peruntukan kantin berdapur pada tahun 2001.





Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: